Pandanglah aku
Kekasih dakaplah aku di sisi
Kerana aku amat rindu
Akan belaian kasih dan sayangmu
Pada setiap detik berlalu
Kan ku sebut namamu selalu
Di hatiku juga di fikirku
Agar tidak terputus cintamu
Aku akan terus memuja muja namamu
Hingga akhir waktu
Kekasih maaf oh
Maafkanlah segala noda-noda
Kegelapanku
Jangan biarkan air mataku
Terus berlinang membasahi pipiku
Aku merayu agar kau maafkan aku
Sudah sudah sudahlah
Henti henti hentilah
Dari terus menghukumku cinta
Kerana aku cukup menderita
Pabila ku fikirkan kembali
Kenapa aku masih di sini
Masih menanti
Aku percaya kau kan terima
Semula cinta dari hamba
Terima kasih cinta kerana masih menerima aku
Dan aku harap engkau memaafkan diriku
Setiap waktu masa berlalu
Aku kan di sisi mu
Terima kasih cinta
Terima kasih cinta
Terima kasih cinta
No comments:
Post a Comment